Header Ads

Permohonan Guru Interim 2020 (Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik)

Permohonan Guru Interim 2020 (Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik). Bilakah tarikh pengambilan guru interim ambilan 2020? Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, mempelawa kepada pemohon yang berkelayakan untuk membuat permohonan Guru Interim di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Negari Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan KPM tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi TVET bermula daripada 18 Mac hingga 29 Mac 2019.

Permohonan Guru Interim 2019 (Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Permohonan Guru Interim 2020 (Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik)


Berikut dikongsikan adalah pengambilan Guru Interim KPM bagi Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan termasuk memaparkan maklumat jawatan, syarat kelayakan, bidang ditawarkan dan cara permohonan :

KETERANGAN PROGRAM

i. Tajuk : Pengambilan Guru Interim untuk ditempatkan di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan KPM Ambilan Tahun 2019.
ii. Nama Jawatan : Guru Interim Gred DC41
iii. Tempoh Interim : Tiga (3) tahun sahaja.
iv. Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Asas Guru Interim 


Calon-calon hendaklah:
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Kelahiran Sarawak, Sabah dan WP Labuan.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019
2.5 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya :
2.5.1 lulusan ijazah sarjana muda Universiti Awam (UA) dan memiliki kelayakan ikhtisas perguruan; atau
2.5.2 lulusan ijazah sarjana muda Universiti Awam (UA) tanpa kelayakan ikhtisas perguruan; atau
2.5.3 lulusan ijazah sarjana muda Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan memiliki kelayakan ikhtisas perguruan; atau
2.5.4 lulusan ijazah sarjana muda Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tanpa kelayakan ikhtisas perguruan.

Cara Permohonan Guru Interim Online 


Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang http://etvet.moe.edu.my/interim-kv-smt-2019/ mulai 18 Mac hingga 29 Mac 2019.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Sektor Pengurusan Guru)
Tel: 03-8884 5145/5105/5107

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai Guru Interim KPM ambilan 2020. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.