Header Ads

Permohonan Pegawai Kadet UPNM 2022 ATM (Lepasan SPM)

Permohonan Pegawai Kadet UPNM 2022 ATM (Lepasan SPM). Panduan buat pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat menjadi Pegawai Kadet UPNM ambilan 2022. Untuk makluman menerusi laman portal UPNM, ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM menyertai pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pegawai Kadet (PK) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia mulai tahun pertama pengajian. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web UPUOnline bermula daripada 25 Februari hingga 2 April 2019.

Permohonan Pegawai Kadet UPNM 2022 ATM (Lepasan SPM)

Permohonan Pegawai Kadet UPNM 2022 ATM (Lepasan SPM)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Pegawai Kadet UPNM bagi pengambilan lepasan SPM untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan hubungi :

Syarat Kelayakan Pegawai Kadet UPNM


A. Syarat Kelayakan Umum

1. Warganegara Malaysia

2. Jantina. Lelaki dan wanita.

3. Umur. Berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Disember 2018.

4. Fizikal.
i. Berat badan : minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita)
ii. Tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.57cm (wanita)
iii. Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 26.0
iv. Ukuran Dada Penafasan : 5 sm (lelaki), 4 sm (wanita)

5. Taraf Kesihatan
Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM dengan tahap penglihatan yang baik tanpa kacamata dan kanta lekap. 

6. Kriteria Pemilihan
Proses pemilihan selama empat hari adalah berdasarkan kepada merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum akan diberi keutamaan.

B. Syarat Kelayakan Akademik

Kelayakan akademik berlandaskan syarat yang ditetapkan oleh universiti mengikut program Asasi seperti berikut:

a. Program Asasi Perubatan
b. Program Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
c. Program Asasi Pengurusan dan Strategi


Cara Permohonan Pegawai Kadet UPNM Online


1. Pemohon hendaklah melayari secara atas talian (online) di laman web UPU upu.moe.gov.my dan memilih UPNM sebagai 'Pilihan Pertama'.

2. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat yang dinyatakan akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di pusat pemilihan yang akan ditetapkan.

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke UPNM sila hubungi di talian 03 - 20714524/5120/2391.

Selamat membuat permohonan dan moga anda berjaya berkhidmat sebagai Angkatan Tentera Malaysia. 

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.