Header Ads

Jawatan Kosong Tabung Haji Travel 2020

Jawatan Kosong Tabung Haji Travel 2020. Anda ingin bekerja di Tabung Haji Travel? Peluang buat mereka yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan seperti dinyatakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di TH Travel & Services Sdn. Bhd. Permohonan ini boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup permohonan adalah pada 21 April 2019 jam 11.59 malam.

Jawatan Kosong Tabung Haji Travel 2019

Jawatan Kosong Tabung Haji Travel 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong Tabung Haji Travel tahun 2020 termasuk memaparkan jawatan, tarikh dan jumlah kekosongan :

Jawatan : Kerani Operasi (Unit Passport/ Feeder)
Kadar Gaji : RM52.17 sehari
Taraf Jawatan : Sambilan

Syarat Kelayakan Jawatan Kosong Tabung Haji Travel 


Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut ;

a. Sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Diploma atau setaraf dengannya.

b. Berkebolehan mengendalikan/menggunakan komputer dengan baik.

c. Mempunyai pengalaman melaksanakan kerja-kerja berbentuk operasi seperti operasi di lapangan terbang/ menguruskan Jemaah Umrah/Pelancongan.

d. Boleh membaca, menulis dan bertutur Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Tabung Haji Travel 


Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang THTS - SM1440H seperti yang dilampirkan dan kembalikan borang tersebut berserta sijil-sijil kelulusan pada atau sebelum 19 April 2019 ke alamat seperti berikut : -

SUMBER MANUSIA & PERKHIDMATAN KORPORAT
TH Travel & Services Sdn Bhd Aras 23,
Menara TH Selborn 153,
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Tabung Haji Travel tahun 2020.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.