Header Ads

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41 (2021)

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41 (2021). Anda calon Pegawai Penguatkuasa KP41? Tahniah diucapkan kepada mereka yang menerima surat panggilan untuk pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan tahun 2021. Seperti mana anda tahu, jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah antara salah satu jawatan yang memerlukan ujian fizikal, pancaindera & kecergasan. Bagi anda yang ingin dapatkan maklumat tentang ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 boleh rujuk di bawah.


Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41 (2021) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 :

Ujian Pemeriksaan BMI


Anda perlu mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal seperti yang berikut :

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Ujian Vision Acquity


Calon juga perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti yang berikut :

i. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

ii. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

iii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19
Kredit : wikipedia

Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan


Untuk ujian ini pemeriksaan tubuh badan akan dilakukan untuk memastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas. Dalam pemeriksaan ini anda akan ditanya pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

Ujian Berkawad


Bagi anda yang pernah menyertai badan beruniform seperti PKBM, BOMBA, POLIS dan sebagainya ketika sekolah dahulu sudah pastinya tidak kekok untuk menjalani ujian berkawad. Ujian ini dilakukan untuk memastikan lutut dan tangan tidak bengkok.

Ujian Kecergasan     


Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut ;

1. Larian 2.4km dalam 14 minit.

2. Bangun tubi dalam masa dua minit sebanyak 30 kali.

3. Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.

4. Lompat jauh berdiri.

Nota : Selepas anda berjaya ujian fizikal dan kecergasan, calon bakal ke sesi temuduga.

MAKLUMAT TAMBAHAN

a. Pada hari ujian calon hendaklah lengkap berpakaian sukan dan membawa perkara berikut:-
i.) Surat panggilan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan yang boleh dicetak melalui emel dan portal SPA.
ii.) Kad Pengenalan.

b. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji/penguji.

c. Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan.

Selamat menjalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.