Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang 2022 (MPK)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang 2022 (MPK). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Kluang tahun 2022. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman www.mpkluang.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2022.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang 2019 (MPK)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang 2022 (MPK) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia khususnya rakyat Negeri Johor berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. PEGAWAI PENILAIAN
2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Jabatan : Majlis Perbandaran Kluang
Lokasi Kekosongan : Johor
Tarikh Tutup : 25 September 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kluang tahun 2022 seperti di bawah :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh
didapati di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Kota Tinggi
86000 Kluang
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Nota :
a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;
b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping ambar berukuran passport, Salinan lesen memandu, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
c) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kluang tahun 2022.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.