Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat 2022 Online

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat 2022 Online. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Kelantan) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Tumpat tahun 2021. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah dibuat melalui Borang asal MDT. 1 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Daerah Tumpat sehingga tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mei 2021.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat 2021

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat 2022 Online


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Kelantan) untuk mengisi kekosongan jawatan:

Jawatan :
1. PEMBANTU PENGUATKUASA
2. PEMBANTU AWAM
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4. PENOLONG AKAUNTAN
5. PEMANDU KENDERAAN
Jabatan : Majlis Daerah Tumpat
Kekosongan Baru 2021
Lokasi Kekosongan : Kelantan
Tarikh Tutup Permohonan : 6 Mei 2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat


1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang asal MDT. 1 yang boleh didapati di
Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Daerah Tumpat.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport terkini, salinan kad pengenalan, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan ke atas.

3. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A, bil. 17 Tahun 2005 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (Pengecualian kepada pemohon yang berkhidmat di Majlis Daerah Tumpat).

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
JALAN TANJUNG KUALA,
16200 TUMPAT,
KELANTAN DARUL NAIM.

Nota : Hanya calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tumpat tahun 2021.

Sumber : mdtumpat

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.