Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 (MBAS)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 (MBAS). Anda ingin memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran? Panduan buat anda yang ingin memohon jawatan kosong Majlis Bandaraya. Untuk makluman menerusi portal Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar tahun 2023. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman MBAS. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2022.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2022 (MBAS)

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 (MBAS)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN
Jabatan : Majlis Bandaraya Alor Setar
Kekosongan Baru 2023
Lokasi Kekosongan : Kedah
Tarikh Tutup : 20 Januari 2022

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Setar seperti di bawah :

1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my .

2. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen yang dikehendaki hendaklah disertakan dengan Kiriman Wang / Wang Pos bernilai RM 7.00 atas nama Majlis Bandaraya Alor Setar dan dihantar menggunakan sampul surat berukuran A4  ke alamat:
                           DATUK BANDAR
            MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
  JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

3. Pastikan maklumat di belakang Wang Pos diisi lengkap.

4. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

5. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat.

6. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;

  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan akademik
  • Transkrip keputusan peperiksaan
  • Lain-lain dokumen sokongan

7. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.       

8. Borang permohonan jawatan yang tidak disertakan dengan Kiriman Wang / Wang Pos atau borang permohonan tidak lengkap diisi atau pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan akan ditolak permohonan jawatan.

9. Bagi kelayakan Ijazah / Diploma, pemohon perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my dan dilampirkan bersama borang permohonan.

10. Hanya calon-calon yang berjaya dalam sesi tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.

11. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar tahun 2023.

Sumber : mbas

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.