Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor 2020 (MDHS)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor 2020 (MDHS). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal mdmersing mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Daerah Hulu Selangor tahun 2020. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web https://www.mdhs.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Oktober 2019.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor 2019 (MDHS)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor 2020 (MDHS) 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada
rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan berikut:

Jawatan :
1. PENOLONG JURUTERA
2. PEMBANTU PENILAIAN
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Selangor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 6 Oktober 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor tahun 2020 seperti di bawah :

a) Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara online. https://www.mdhs.gov.my/ms/rakyat/permohonan-pekerjaan.

b) Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.

c) Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan. Contoh: Penolong  Jurutera, Gred JA29.

d) Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):

i. Gambar berukuran passport.
ii. Sijil kelahiran
iii. Kad Pengenalan
iv. Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.
v. Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.
vi. Biodata Diri (Resume)

e) Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

- Maklumat tambahan:
Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:
a) diimbas (scan) terlebih dahulu
b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
c) dikumpulkan / dihimpunkan (zip) menggunakan zip file seperti zip, rar atau tar.

- Diruangan muat naik (Sistem Online):
- Sila klik butang Choose File, pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk zip, rar atau tar. Kemudian klik butang muat naik.

f) Sila selesaikan satu soalan matematik seperti yang telah disediakan diruangan tersebut.

g) Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi "Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.".

h) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2018, 2017 dan 2016). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Hulu Selangor tahun 2020.

Sumber : mdhs

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.