Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juru X-Ray Gred U29

Gaji, Kelayakan & Tugas Juru X-Ray Gred U29. Anda sedang mencari-cari jawatan kosong kerajaan? Jom mohon kerja kosong kerajaan! Untuk makluman, permohonan jawatan kosong kerajaan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut kongsikan syarat kelayakan, tugas dan gaji Juru X-Ray Gred U29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juru X-Ray Gred U29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juru X-Ray akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juru X-Ray bagi lepasan Diploma menerusi laman web SPA. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian di laman web SPA https://putra2.spa.gov.my.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juru X-Ray Gred U29


Berikut adalah maklumat tentang jawatan
Juru X-Ray yang memaparkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Juru X-Ray Gred U29


Gaji minimum Juru X-Ray Gred U29 (RM1,797.00). Manakala untuk gaji maksimum Juru X-Ray Gred U29 adalah RM5,753.00. Kadar kenaikan gaji adalah RM145.00

Syarat Kelayakan Juru X-Ray Gred U29


Antara syarat-syarat kelayakan bagi jawatan Juru X-Ray Gred U29 seperti berikut :

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
c). Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
d). Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U29 


Antara tugas-tugas Juru X-Ray seperti berikut ;

1. Tanggungjawab klinikal
2. Aspek pengurusan organisasi
3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
5. Pendidikan dan latihan
6. Teknologi terkini :
a. Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
b. Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Juru X-Ray Gred U29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.