Header Ads

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia 2020 (UUM)

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia 2020 (UUM). Anda ingin bekerja di sektor kerajaan atau swasta? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Untuk makluman, kini ditawarkan pelbagai jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia tahun 2020. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web UUM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 November 2019.

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia 2019 (UUM)

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia 2020 (UUM) 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada kakitangan UUM (kontrak) yang sedia
ada.

JAWATAN :
1. AHLI MUZIK GRED B29
2. ARTIS BUDAYA GRED B19
3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (BIDANG AWAM)
4. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
LOKASI : Kedah
SEKTOR : Kerajaan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 November 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong UUM Online


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Universiti Utara Malaysia tahun 2020 secara dalam talian (online) seperti di bawah :

1. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/

2. Pemohon perlu mendaftar (bagi pengguna baharu sahaja) sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.

CATATAN TAMBAHAN :

a. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
b. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak
akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

Untuk makluman lanjut sila hubungi di talian :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-928 3114/3113
Faks : 04-928 3120

Semoga anda berjaya ditawarkan jawatan di Universiti Utara Malaysia tahun 2020.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.