Header Ads

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2023 Lepasan SPM (Siri 223/22)

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2023 Lepasan SPM (Siri 223/22). Bilakah tarikh pengambilan Perajurit Muda TLDM tahun 2023? Panduan buat lepasan SPM/SKM dan Diploma Kejuruteraan yyang berminat untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda. Untuk makluman, menerusi laman portal TLDM mempelawa kepada belia/beliawanis tanah air yang berkelayakan untuk membuat permohonan Perajurit Muda TLDM tahun 2021 (Siri 223/22) secara online menerusi laman web rasmi TLDM. Pendaftaran boleh dibuat bermula daripada 11 Jun hingga 2 Julai 2021.

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2023 Lepasan SPM (Siri 223/22)


Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2023 Lepasan SPM (Siri 223/22)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengambilan Perajurit Muda TLDM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : -

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 


Antara syarat-syarat pengambilan Perajurit Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia adalah seperti berikut :

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 28 Februari 2022.

4. Taraf perkahwinan bujang.

5. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

6. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

7. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

9. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 46.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 Lepasan SPM (Siri 223/22)


Cara Permohonan Perajurit Muda TLDM Online


1. Pemohon perlu mengimbas Kod QR untuk mendaftar maklumat awal. 

2. Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM.

3. Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel yang didaftarkan pada 5 Julai 2021. 

4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa tiga hari dari tarikh penerimaan borang. 

5. Pemohon yang berjaya atau gagal akan diberi tahu melalui emel selepas tapisan. 

6. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang terpilih. 

7. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja. 

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh terus hubungi 019 2104163 atau emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.

BACA JUGA :

  1. Jadual Gaji Tentera Laut Diraja Malaysia
  2. Jadual Pemilihan Tentera Laut Diraja Malaysia 2023

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai Perajurit Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.