Header Ads

Semakan Tracking Pos Laju Malaysia Online dan SMS 2023

Semakan Tracking Pos Laju Malaysia Online dan SMS 2023. Anda ingin semak status kiriman barang Pos Laju? Panduan buat pengguna yang ingin menyemak status penghantaran barang dari Pos Laju Malaysia. Untuk makluman, kini anda boleh semak tracking Pos Laju menerusi online dan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu, anda juga boleh semak tracking Pos Malaysia melalui Facebook dan Mobile Apps.

Semakan Tracking Pos Laju Malaysia Online dan SMS

Semakan Tracking Pos Laju Malaysia Online dan SMS


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tracking kiriman Pos Malaysia termasuk memaparkan aplikasi online dan SMS :

Pos Laju adalah perkhidmatan kurier di bawah Pos Malaysia yang beroperasi menghantar barang atau dokumen secara domestik dan ke luar negara. Kini, Pos Laju mempunyai 38 cawangan dan lebih daripada 665 cawangan Pejabat Pos di seluruh Malaysia. 

A. Tracking Kiriman Pos Laju Online


1. Status penghantaran boleh disemak secara online menerusi laman web
http://poslaju.com.my/track-trace-v2/

2. Sila masukkan nombor tracking number ke dalam kotak yang disediakan.

3. Tekan butang 'TRACK' untuk semakan status penghantaran.

4. Lihat status penghantaran dan klik pada tracking number.

B. Tracking Pos Laju Melalui Facebook


Sila private message nombor tracking ke laman Facebook customer service Pos Malaysia Berhad di https://www.facebook.com/AskPos

Pegawai khidmat pelanggan PosLaju akan membantu untuk membuat semakan mengikut giliran anda pada hari Isnin - Jumaat di antara jam 8.30 pagi - 5.30 petang.

C. Tracking Pos Laju Melalui SMS


Taip:
PL <jarak> [Tracking Number] dan hantarkan SMS ke 33333

Contoh: PL EF667590069MY dan
hantarkan SMS ke 33333

D. Tracking Pos Laju Melalui Mobile Apps


Anda boleh semak aplikasi Pos Laju Mobile Apps menerusi Google Play atau App Store.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.