Header Ads

Semakan Status Permohonan RMMJ 2023 (Rumah Mampu Milik Johor)

Semakan Status Permohonan RMMJ 2023 (Rumah Mampu Milik Johor).
Perhatian buat pemohon yang telah membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor. Untuk makluman, semakan status permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) tahun 2023 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi eRumah Johor www.erumah.johor.gov.my. 

Semakan Status Permohonan RMMJ 2021 Online (Rumah Mampu Milik Johor)

RMMJ adalah merupakan skim rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor yang bertujuan untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri tersebut.


Semakan Status Permohonan RMMJ 2023 (Rumah Mampu Milik Johor) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Milik Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi semakan :

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Johor adalah seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia yang menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
b. Berkahwin/Bujang layak memohon
c. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
d. Hanya satu (1) permohonan bagi pasangan suami/isteri
e. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
f. Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
g. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
h. Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah setahun dari tarikh pendaftaran

Cara Semak Status Rumah Mampu Milik Johor Online


1. Untuk semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi eRumah Johor http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan

2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.

3. Kemudian klik pada butang 'Cari' untuk semakan status. 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), 
Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 
79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
No. Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.