Header Ads

Semakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Penolong Pegawai Siasatan (UKJK)

Semakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Penolong Pegawai Siasatan (UKJK). Anda calon Penolong Pegawai Siasatan? Panduan buat anda yang dipanggil menduduki Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menerima surat panggilan untuk pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Untuk makluman menerusi portal SPA, memaklumkan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan bagi Penolong Pegawai Siasatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dijalankan pada 24 Februari sehingga 28 Februari 2020.
Sebenarnya, terdapat beberapa jawatan yang melibatkan anggota beruniform akan menghadapi ujian fizikal, pancaindera & kecergasan.

Semakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Penolong Pegawai Siasatan (UKJK)

Semakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Penolong Pegawai Siasatan (UKJK) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan termasuk memaparkan pautan semakan :

Tarikh UKJK : 24 Februari - 28 Februari 2020

MAKLUMAN TERKINI : UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK)
============================================

PENOLONG  PEGAWAI SIASATAN GRED P29 DI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
(Tarikh Ujian : 24 Februari 2020 - 28 Februari 2020)

Pautan Alternatif:
------------------
http://online.spa.gov.my/online/jad_xm_fizikal_ukjk/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SM20190211

ATAU
====

Sila layari laman web :
-----------------------
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Panduan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 


A. Pemeriksaan Ukuran Badan

Perkara-perkara yang diuji :

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.62m bagi lelaki dan 1.55m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

B. Pemeriksaan Penglihatan

Calon juga perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti yang berikut :

i. Jarak Penglibatan 'Visual Acuity' 3/6 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap

ii. Pengecaman warna.

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19
Kredit : wikipedia

C. Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i. Jari, tangan, kaki, dan lain-lain anggota berkeadaan baik;
ii. Gaya Berjalan/ Berkawad

D. Ujian Pemeriksaan Kecergasan 

Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Pemeriksaan Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut ;

1. Larian 2.4km dalam 14 minit bagi lelaki manakala wanita pula 17 minit.

2. Bangun tubi dalam masa dua minit sebanyak 30 kali bagi lelaki manakala wanita pula 28 kali.

3. Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat bagi lelaki manakala wanita pula 13 saat.

4. Lompat jauh berdiri dalam 215 sentimenter bagi lelaki manakala wanita pula 162 sentimenter.

Nota : Selepas anda berjaya ujian fizikal dan kecergasan, calon bakal ke sesi temuduga.

Selamat menjalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan tahun 2020.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.