Header Ads

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online (BPN)

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online (BPN). Bilakah tarikh semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional? Panduan buat rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman, semakan status Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat secara online pada 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM dan BSH. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapat insentif bantuan ini, sekiranya gagal sila buat permohonan rayuan pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional adalah satu bantuan daripada kerajaan Pakatan Nasional dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk dimanfaatkan kepada golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40. Pemberian bantuan ini akan diberikan secara one-off bagi golongan yang layak sahaja. 

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online (BPN) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan serta kaedah bayaran :

Tarikh Semakan : Mulai 1 April 2020 

Cara Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Online 


Semakan status boleh dibuat secara online menerusi pautan-pautan seperti berikut:

A. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: 

B. Bantuan Sara Hidup: http://bsh.hasil.gov.my

C. Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.treasury.gov.my

Artikel Berkaitan : Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional (FAQ)

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020


Kaedah pembayaran B40 adalah seperti berikut :

1. Ada maklumat akaun - bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2. Jika status gagal kredit - bayaran adalah secara tunai di BSN
3. Tiada akaun - bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
3. Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Nota : Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan
Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2020


Bagi anda yang nak buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional, hendaklah mengisi borang atas talian dan perlu mengemukakan bukti pendapatan. Tarikh rayuan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi pihak Kementerian di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19)

Penafian : Laman web SPA8i.net tidak sebarang kaitan dengan mana-mana agensi atau badan berkanun kerajaan. Artikel ini hanya kongsikan maklumat atau panduan sahaja. Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi LHDNM. 

2 ulasan:

  1. Saya masih belum menerima sebarang jawapan mengenai permohonan saya

    BalasPadam
  2. Status bpn sy msih lg kemaskini..blom dpt apa2 bantuan covid19..sy ktgri B40

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.