Header Ads

Semakan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan Arkitek Landskap 2020

Semakan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan Arkitek Landskap 2020. Anda calon Arkitek Landskap? Panduan buat anda yang dipanggil menjalani pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan tahun 2020. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menerima surat panggilan untuk ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Untuk makluman menerusi portal SPA, memaklumkan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi jawatan Arkitek Landskap akan dijalankan pada 16 Mac sehingga 22 Mac 2020. Sebenarnya, terdapat beberapa jawatan yang melibatkan anggota beruniform akan menghadapi ujian fizikal, pancaindera & kecergasan.

Semakan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan Arkitek Landskap 2020

Semakan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan Arkitek Landskap 2020


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan termasuk memaparkan tarikh dan pautan semakan :

MAKLUMAN TERKINI : UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN
===========================================

1) ARKITEK LANDSKAP GRED J41 DI JABATAN LANDSKAP NEGARA
(Tarikh Ujian : 16 Mac 2020 - 22 Mac 2020)

Pautan Alternatif:
------------------
http://online.spa.gov.my/online/jad_xm_fizikal_ukjk/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SM20190193

2) PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29 DI JABATAN LANDSKAP NEGARA
(Tarikh Ujian : 16 Mac 2020 - 22 Mac 2020)

Pautan Alternatif:
------------------
http://online.spa.gov.my/online/jad_xm_fizikal_ukjk/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SM20190194

ATAU
====

Sila layari laman web :
-----------------------
http://spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Panduan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Arkitek Landskap 


A. Pemeriksaan Ukuran Badan

Perkara-perkara yang diuji :

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.62m bagi lelaki dan 1.55m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

B. Pemeriksaan Penglihatan

Calon juga perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti yang berikut :

i. Jarak Penglibatan 'Visual Acuity' 3/6 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap

ii. Pengecaman warna.

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19
Kredit : wikipedia

C. Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i. Jari, tangan, kaki, dan lain-lain anggota berkeadaan baik;
ii. Gaya Berjalan/ Berkawad

D. Ujian Pemeriksaan Kecergasan

Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Pemeriksaan Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut ;

1. Larian 2.4km dalam 14 minit bagi lelaki manakala wanita pula 17 minit.

2. Bangun tubi dalam masa dua minit sebanyak 30 kali bagi lelaki manakala wanita pula 28 kali.

3. Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat bagi lelaki manakala wanita pula 13 saat.

4. Lompat jauh berdiri dalam 215 sentimenter bagi lelaki manakala wanita pula 162 sentimenter.

Nota : Selepas anda berjaya ujian fizikal dan kecergasan, calon bakal ke sesi temuduga.

Selamat menjalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Arkitek Landskap tahun 2020.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.