Header Ads

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3 Online (Bantuan Sara Hidup)

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3 Online (Bantuan Sara Hidup). Panduan buat pemohon BSH tahun 2020 dimana kerajaan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga yang akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020 berdasarkan kategori BSH. Pemohon boleh semak status kelulusan BSH 2020 secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi BSH. Bagi anda yang status tidak lulus boleh kemukakan rayuan BSH mulai pada 7 Ogos sehingga 6 September 2020.

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3 Online (Bantuan Sara Hidup)

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3 Online (Bantuan Sara Hidup) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status serta rayuan :

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3


Penerima BSH tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM120 untuk anak yang dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di BSN sehingga 31 Disember 2020.

Cara Semak Status Kelulusan BSH 2020 Online 


1. Pemohon boleh semak status secara online menerusi laman web https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda yang didaftarkan.

3. Untuk teruskan proses semakan, sila isi 'Captcha' dan tekan butang 'Semak'.

4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada masih dalam proses, lulus atau tidak lulus.

Cara Mohon Rayuan BSH 2020


Bagi anda yang berstatus tidak layak atau tidak lulus boleh kemukakan permohonan rayuan BSH yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara online di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

Sebarang keterangan lanjut, sila layari laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.