Header Ads

Permohonan Ex-Gratia Kematian, Insentif Kepada Waris Penjawat Awam (Borang)

Permohonan Ex-Gratia Kematian, Insentif Kepada Waris Penjawat Awam (Borang). Berita baik buat waris penjawat awam. Untuk makluman, kini kerajaan Malaysia menawarkan satu insentif baharu iaitu Ex-Gratia Kematian khas buat waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan. Pelaksanaan Ex-Gratia ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2019. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Ex-Gratia Kematian adalah merupakan satu insentif daripada Kerajaan Malaysia kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan iaitu dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan. Tujuan pelaksanaan Ex-Gratia Kematian adalah untuk membantu meringankan beban tanggungan atau waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

Permohonan Ex-Gratia Kematian, Insentif Kepada Waris Penjawat Awam (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ex-Gratia Kematian termasuk memaparkan kategori penjawat awam, contoh pengiraan dan jumlah serta cara permohonan :

Kategori Penjawat Awam Yang Layak

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada penjawat awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Terdapat 4 kategori penjawat awam yang layak memohon iaitu:

1. Penjawat Awam Perkhidmatan Awam Persekutuan

2. Penjawat Awam Perkhidmatan Negeri

3. Penjawat Awam Pihak Berkuasa Berkanun

4. Penjawat Pihak Berkuasa Tempatan

Jumlah Pemberian Ex-Gratia Kematian

Kadar pemberian Ex-Gratia Kematian adalah bergantung pada tempoh perkhidmatan penjawat awam untuk si mati. Jumlah dan kadar pemberian Ex-Gratia Kematian adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan kurang 60 bulan: RM150,000
  • Perkhidmatan 61-120 bulan: RM100,000
  • Perkhidmatan 121-180 bulan: RM75,000
  • Perkhidmatan 181-240 bulan: RM50,000
  • Perkhidmatan lebih 240 bulan: Tiada

Borang Permohonan Ex-Gratia Kematian Online

1. Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp112019.pdf

2. Isikan maklumat yang diperlukan seperti maklumat pemohon, anak, ibu atau atau bapa dan pengakuan pemohon dengan lengkap di dalam borang permohonan tersebut.

3. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:

i) Sijil Buku Perkhidmatan Kerajaan yang disahkan

ii) Kenyataan Cuti

iii) Sijil Kematian Anggota

iv) Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Lahir setiap waris

v) Sijil Nikah/Sijil Cerai (jika berkaitan)

vi) Sijil Lahir anak anggota

vii) Sijil Lahir Gemulah

viii) Akaun bank perseorangan setiap waris

ix) Borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (Borang JPA.BP.SPT.B03a) (jika berkaitan)

x) Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)

xi) Borang Daftar Anak Kurang Upaya (Borang JPA.BP.UMUM.B04) (jika berkaitan)

xii) Sijil Akuan Berhutang dengan dokumen pembuktian yang lengkap

4. Borang permohonan dan dokumen yang lengkap diisi perlu dihantar kepada ke alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Bahagian Pasca Perkhidmatan,

Aras 5, Blok C2, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 PUTRAJAYA.

Sebarang pertanyaan lanjut, emel ke mypesara@kwap.gov.my atau hubungi talian di 03-8887 8777.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.