Header Ads

BPN 2.0 : Permohonan Baharu Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Online

BPN 2.0 : Permohonan Baharu Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Online. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah dan golongan bujang. Menerusi perutusan Kita Prihatin, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara automatik kepada 10.6 juta penerima sebelum ini. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021. Bagi penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status dan permohonan baharu dibuka mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.




BPN 2.0 : Permohonan Baharu Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran, semakan status dan permohonan baharu :


Apakah Bantuan Prihatin Nasional 2.0? 


Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian ini adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. 


Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 


Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.


Kadar Bayaran BPN 2.0 


a. RM1,000 bagi B40 isi rumah

b. RM500 bagi B40 bujang

c. RM600 bagi M40 isi rumah

d. RM300 bagi M40 bujang



Semakan Status Penerimaan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 


Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.


Bagi anda yang ada akaun bank akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN. Sekiranya gagal kredit, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional.


Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 


Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Bagi yang belum mendaftar, permohonan baharu dan rayuan akan dibuka semula.


Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.