Header Ads

Cara Isi Borang Permohonan SPA9 2024 Kerja Kerajaan Online

Cara Isi Borang Permohonan SPA9 2024 Kerja Kerajaan Online. Nak isi permohonan SPA9 yang baru untuk mencari kerja kosong kerajaan? Panduan buat anda yang ingin mengisi borang permohonan jawatan kosong menerusi sistem baharu SPA iaitu SPA9. Untuk makluman, bermula 28 September 2020 permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi SPA9. Sebelum mengisi borang permohonan SPA9, pastikan anda sudah mendaftar akaun baharu SPA9. Permohonan isi jawatan kosong SPA9 boleh dibuat secara online menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). 


Cara Isi Borang Permohonan SPA9 2024 Kerja Kerajaan Online


Permohonan online SPA9 boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan PMR/SRP, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah termasuk Separa Perubatan. Bagi anda yang ingin bekerja sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Apa yang anda perlu buat adalah buat pendaftaran SPA9 dan isi maklumat dengan lengkap. 


Cara Isi Borang Permohonan SPA9 2024 Kerja Kerajaan Online



Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara mengisi borang permohonan SPA9 :

Cara Log Masuk Akaun SPA9


Untuk log masuk SPA9 sila layari ke laman web https://spa9.spa.gov.my/

Cara Mengisi Permohonan SPA9 Online 


Setelah anda log masuk ke akaun SPA9, anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut. 


1) MAKLUMAT PEMOHON


a. Maklumat Peribadi 

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”:



2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang
bewarna merah (*).


b. Maklumat Kelayakan Akademik

Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan sila isi maklumat akademik anda dengan lengkap mengikut kelayakan masing-masing.


2) MAKLUMAT SEDANG BERKHIDMAT 

Lengkapkan maklumat sekiranya anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis. 

3) MAKLUMAT BEKAS TENTERA

1. Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas tentera.
a. Pilih Kategori dan Pangkat. 
b. Klik “Simpan”. 

2. Jika calon ialah bekas tentera, medan kategori bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan akan muncul. Calon di kehendaki untuk memilih salah satu daripada 24 perkara tersebut.

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

4) MAKLUMAT BUKAN AKADEMIK

Di bahagian ini anda perlu lengkapkan maklumat seperti Kebolehan Bahasa, Bakat, Sukan, Penerima Bantuan dan Kurang Upaya. 

5) JAWATAN DIPOHON

Di bahagian ini anda perlu memilih jawatan dikehendaki mengikut bidang atau kelayakan masing-masing seperti Bakat, Latihan Separa Perubatan, PT3/PMR, SPM/SVM/SKM, Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi dan Ijazah. 

6) PERAKUAN PEMOHON

a. Semakan Maklumat Permohonan

Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

b. Perakuan Pemohon

i. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

ii. Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.

iii. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

iv. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

7) SEMAKAN PERMOHONAN 

Apabila pautan “Permohonan Yang Telah Didaftarkan” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan.

Nota : Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh Daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai di SPA dan jika tidak sila semak semula maklumat yang dimasukkan. Pastikan medan bertanda (*) dipenuhkan.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran jawatan dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia tahun 2024.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.