Header Ads

Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus RM200 Voucher Di Shopee

Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus RM200 Voucher Di Shopee. Berita baik buat pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB. Untuk makluman menerusi Belanjawan Malaysia 2021, kerajaan telah mengumumkan pelbagai inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia termasuk Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia. Bagi anda yang ingin membeli penyaman udara atau peti sejuk, anda boleh mendaftar Program SAVE 2.0 untuk menebus rebat RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di platform Shopee.



Program SAVE 2.0 adalah merupakan satu program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).


Cara Daftar Program SAVE 2.0 Dan Tebus RM200 Voucher Di Shopee


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program SAVE 2.0 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara daftar dan claim voucher di Shopee :


Apa Itu Program SAVE 2.0?


Program SAVE 2.0 adalah sebuah program pemberian diskaun e-Rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara ATAU peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap dan tenaga yang akan menjimatkan wang dan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik. 


Syarat Kelayakan Program SAVE 2.0


Antara syarat-syarat kelayakan tebus baucar RM200 dalam Program SAVE 2.0 adalah seperti berikut :


1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB, dan Nur Power. 

3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021. 

4. Satu akaun bil elektrik, 1 diskaun e-Rebat & 150,000 tebusan pertama sahaja. 


Jumlah e-Rebat Program SAVE 2.0


Setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat RM200 dengan pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang. 


Senarai Kedai/ Pasar Raya Berdaftar Program SAVE 2.0 


Anda boleh melayari laman web microsite khas bagi SEDA 2.0 menerusi laman web http://www.saveenergy.gov.my/


Cara Pendaftaran Program SAVE 2.0 Online


1. Untuk mendaftar Program SAVE 2.0, sila ikuti langkah-langkah menerusi laman web https://shopee.com.my/m/program-save.

2. Kemudian, isikan semua maklumat yang diperlukan merangkumi No. Kad Pengenalan, No. Bil Elektrik dan Nama Penuh.

3. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.

4. Klik pada butang 'Hantar'.

5. Selesai. 


Semakan Keputusan Permohonan e-Rebat RM200 


Bagi permohonan dan pendaftaran Program SAVE 2.0 melalui Pekedai/Peruncit yang berdaftar, keputusan permohonan e-Rebat RM200 akan diberi secara terus semasa proses pembelian tersebut.


Untuk permohonan dan penebusan melalui e-dagang pula, keputusan permohonan akan mengambil masa selama 14 hari bekerja.


Untuk dapatkan keterangan lanjut tentang Program SAVE 2.0, sila hubungi di talian :

Pasukan Khas Program SAVE 2.0

Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal

SEDA Malaysia

03-8870 5800

www.saveenergy.gov.my


Sumber : SEDA 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.