Header Ads

Cara Langgan Astro NJOI 2023 (Beli Channel)

Cara Langgan Astro NJOI 2023 (Beli Channel). Tak tahu langgan Astro NJOI? Panduan buat pengguna yang ingin melanggan Astro NJOI. Njoi adalah merupakan saluran tv secara percuma oleh Astro yang tiada yuran bulanan dan juga tiada kontrak. Malah, Astro NJOI juga memberi 29 saluran TV secara percuma dan 20 saluran radio digital percuma sepanjang hayat. Bagi anda yang nak melanggan Astro NJOI boleh ke laman web Astro atau hubungi pusat pelanggan Astro/ pengedar sah di seluruh negara. 


Cara Langgan Astro NJOI 2021 (Beli Channel)


Cara Langgan Astro NJOI 2023 (Beli Channel) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Astro NJOI termasuk memaparkan cara langgan, beli channel dan harga pakej yang ditawarkan :


Apa Itu Astro NJOI? 


Astro NJOI adalah perkhidmatan TV satelit percuma yang pertama di Malaysia. Melalui TV satelit percuma ini, para pelanggan akan memiliki akses kepada lebih 48 saluran TV dan radio tanpa sebarang kontrak atau komitmen bulanan.


Cara Melanggan Astro NJOI Online


Untuk melanggan anda boleh ke laman web https://www.njoi.com.my/home atau hubungi pusat pelanggan Astro atau pengedar sah di seluruh negara menerusi https://www.astro.com.my/contactus/locatebranches.


Harga Pakej Astro NJOI 2021


Terdapat dua jenis pakej harga yang disediakan untuk pemasangan Astro NJOI iaitu :


  • RM450 beserta dengan dekoder baru (termasuk GST)
  • RM385 tetapi dekoder hanya diperbaharui (termasuk GST)

Nota : Dua pakej harga ini adalah termasuk dengan GST beserta dengan yuran pemasangan sebanyak RM100.


Semak Jadual TV Njoi 


Untuk semakan jadual TV Njoi boleh rujuk di pautan https://www.njoi.com.my/jadual-tv


Cara Beli Channel Astro NJOI 


1. Untuk beli channel atau Prepaid NJOI/Top-up NJOI boleh dibuat di outlet yang terpilih iaitu e-Pay, 7-Eleven, Cosway dan pusat perbankan Internet yang terpilih seperti CIMB Clicks, i-Rakyat dan RHBNow. 

2. Goreskan kod tersebut untuk dapatkan kod PIN 16.

3. Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Astro NJOI, masukkan nombor smartcard untuk akaun yang anda ingin langgan. 

4. Anda akan menerima notifikasi SMS untuk mendapat jawapan memaklumkan tentang baucer anda berjaya diaktifkan dan baki semasa baucer anda.

5. Pergi ke channel 'Pilih Purchase' dan pilih menu yang anda inginkan, samada ingin tonton by Channels atau by Package.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari ke laman web astro.com.my/njoi atau hubungi di talian +603 9543 3838. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.