Header Ads

Cara Bayar Saman PDRM Melalui MyBayar Saman Online

Cara Bayar Saman PDRM Melalui MyBayar Saman Online. Panduan buat rakyat Malaysia yang membuat bayaran saman PDRM secara online. Untuk makluman sempena Hari Polis ke-214 tahun 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melancarkan satu portal online iaitu MyBayar Saman dengan penawaran diskaun sehingga 50% melalui portal tersebut. Bagi anda yang mempunyai kompaun atau saman trafik boleh membayar saman dengan diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman. Pengguna boleh membuat pendaftaran akaun MyBayar Saman secara online menerusi portal atau aplikasi MyBayar Saman. 


Cara Bayar Saman PDRM Melalui MyBayar Saman Online


Cara Bayar Saman PDRM Melalui MyBayar Saman Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MyBayar Saman termasuk memaparkan cara daftar dan aplikasi bayaran :


Apa Itu MyBayar Saman?


MyBayar Saman adalah merupakan aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah secara dalam talian menerusi portal dan aplikasi telefon. 




Cara Pendaftaran MyBayar Saman Secara Online 


1. Pendaftaran akaun MyBayar Saman boleh dibuat menerusi portal MyBayarSaman https://mybayar.rmp.gov.my

2. Buat kali pertama sila NEW USER SIGN UP untuk proses pendaftaran akaun. 

3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan isi pengesahan OTP.

4. Log masuk setelah selesai mendaftar.

5. Buat semakan saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar. 


Nota : Pengguna juga boleh buat pendaftaran MyBayar Saman melalui aplikasi di Google Play Store atau Apple Store. 


Cara Bayar Saman PDRM Di Portal MyBayar Saman


1. Bagi yang mempunyai akaun boleh buat bayaran saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my/.

2. Klik butang ‘Daftar.’

3. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dengan betul.

4. Kemudian, pengguna akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit yang didaftarkan. 

5. Log masuk dengan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

6. Butiran saman akan dipaparkan.

7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.

8. Seterusnya, pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar'. 

9. Pembayaran selesai.


Untuk keterangan lanjut sila emel ke mybayarsaman@rmp.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.