Header Ads

Login mySIKAP Renew Roadtax & Saman JPJ Online

Login mySIKAP Renew Roadtax & Saman JPJ Online. Nak bayar roadtax atau bayar saman JPJ secara online? Panduan buat pemandu yang ingin memperbaharui lesen memandu dan saman JPJ. Untuk makluman, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membangunkan satu portal online yang dikenali sebagai MySikap JPJ adalah memudahkan urusan pengguna tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter JPJ yang berdekatan. Sistem mySIKAP membolehkan pengguna renew lesen atau roadtax memandu secara dalam talian menerusi portal mySIKAP. 


Login mySIKAP Bayar Saman JPJ Online 2022


Login mySIKAP Renew Roadtax & Saman JPJ Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MySikap JPJ termasuk memaparkan cara login termasuk renew lesen memandu dan roadtax :


Apa Itu MySikap JPJ?


MySikap adalah satu portal online yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memudahkan pengguna melakukan transaksi yang melibatkan urusan lesen memandu kenderaan, baik lesen motor atau lesen kereta, tukar hak milik, beli nombor plate terkini dan semakan saman trafik. 


Cara Pendaftaran MySikap JPJ 


Terdapat dua (2) jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.


A. eID Standard MySIKAP


Bagi eID Standard MySikap pengguna tidak perlu membuat pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. Anda tidak perlu hadir ke JPJ untuk pendaftaran. 


B. eID Advance MySIKAP


Bagi eID Advance MySikap pengguna perlu membuat pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. Anda perlu hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan nombor rujukan. Sekiranya, urusan seperti nak renew lesen memandu online, roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah nombor plat kenderaan boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.


Cara Pendaftaran eID Standard MySIKAP JPJ


1. Sila layari laman web https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

2. Isikan butiran yang bertanda * sahaja

3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan

4. Klik Teruskan

5. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.

6. Klik Teruskan.

7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.

8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.


Cara Login MySikap JPJ 


1. Sila layari laman web https://public.jpj.gov.my/

2. Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel

3. Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru

4. Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan

5. Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti

6. Klik Simpan.


Cara Renew Lesen Dan Roadtax Memandu Di MySIKAP JPJ


1. Sila login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/

2. Pilih menu Lesen Memandu atau Kenderaan 

3. Pilih Pembaharuan Lesen Memandu atau Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor

4. Isikan maklumat pembaharuan lesen

5. Buat bayaran

6. Semak dan buat pengesahan.


Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi JPJ. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.