Header Ads

Cara Bayar Bil Air Pahang Online Pahang Go (Semakan)

Cara Bayar Bil Air Pahang Online Pahang Go (Semakan). Nak bayar bil air Pahang? Panduan buat rakyat Negeri Pahang yang ingin menyemak atau bayaran bil air Pahang secara dalam talian tahun 2022. Untuk makluman, kini Pengurusan Air Pahang Berhad telah menyediakan satu portal online iaitu Pahang Go bagi memudahkan bayaran bil secara online menerusi aplikasi Pahang Go. Selain itu, pengguna juga boleh bayar bil air Pahang menggunakan Jompay online.


Cara Bayar Bil Air Pahang Online Pahang Go (Semakan)



Cara Bayar Bil Air Pahang Online Pahang Go (Semakan)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bil air Pahang termasuk memaparkan cara daftar, login dan semakan : 


Apa Itu Aplikasi Pahang Go?


Aplikasi Pahang Go adalah satu aplikasi online yang dibangunkan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad untuk membolehkan pengguna membuat bayaran bil air secara online. Selain itu, Pahang Go turut boleh digunakan untuk bil telefon, cukai tanah, cukai tafsiran dan saman.


Cara Daftar Aplikasi myAKSB


1. Untuk daftar akaun PahangGo sila muat turun aplikasi melalui Android atau iOS.

Google Play - https://bit.ly/32NOxbV

App Store - https://apple.co/33WYPXm


2. Kemudian, buka aplikasi Pahang Go dan klik 'Register'.

3. Masukkan nombor telefon yang aktif.

4. Masukkan maklumat butir-butir diri anda. 

5. Masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.

6. Pendaftaran telah selesai.


Cara Membayar Bil Air Pahang Di Pahang Go


1. Log masuk akaun anda dengan menggunakan Nombor Telefon dan Password yang didaftarkan.

2. Di halaman utama, sila pergi ke bahagian 'Payment'.

3. Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah perlu dibayar.

4. Sila klik butang 'PAYMENT' untuk membuat pembayaran.

5. Seterusnya, anda diberikan pilihan cara untuk membuat pembayaran.

6. Untuk sah membayar, klik pada butang 'Confirm'.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian ;


Pengurusan Air Pahang Berhad

Bandar Indera Mahkota

25200 Kuantan

Pahang Darul Makmur.


Talian Khidmat Pelanggan : 09-573 9999


BACA JUGA : Cara Bayar Bil Air Terengganu Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.