Header Ads

Cara Report Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Online (TTPM Login)

Cara Report Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Online (TTPM Login). Macam mana untuk buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia? Panduan buat pengguna Malaysia yang mengalami masalah kerosakan barang atau hilang atau perkhidmatan yang kurang memuaskan. Untuk makluman, bagi pengguna atau pembeli barangan tersebut yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan ganti rugi dengan pihak penjual boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Pengguna boleh membuat tuntutan tribunal pengguna secara dalam talian (online) menerusi portal https://ttpm.kpdnhep.gov.my atau hadir ke Pejabat TTPM.


Cara Report Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Online (TTPM Login)


Cara Report Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Online (TTPM Login)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia termasuk memaparkan jenis tuntutan, fungsi TTPM dan cara report :


Apa Itu Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia?


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau ringkasnya TTPM adalah merupakan badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi melindungi hak rakyat sebagai seorang pengguna. TTPM berfungsi untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan pengguna di bawah Akta 599 dan tertakluk kepada peruntukan akta terbabit.


Had Jumlah Tuntutan Di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


Pengguna boleh menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa, jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga (3) tahun dari tuntutan itu.


Jenis Tuntutan Ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia


Cara Report Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Online (TTPM Login).



Permohonan Ganti Rugi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia


Terdapat 2 cara untuk membuat tuntutan ganti rugi tribunal pengguna seperti berikut :


i. Tuntutan TTPM online

ii. Berkunjung ke Pejabat TTPM terdekat 


A. Report Tribunal Tuntutan Pengguna Online


1. Pengguna boleh layari portal di pautan https://ttpm.kpdnhep.gov.my/login.

2. Untuk pendaftaran akaun sila lengkapkan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nama penuh dan maklumat peribadi.

3. Setelah selesai daftar, log masuk akaun semula.

4. Klik pada fail tuntutan dan isi maklumat diri anda.

5. Setelah selesai, masukkan nama pihak yang anda mahu saman itu (penentang).

6. Setelah selesai memasukkan maklumat pihak-pihak, anda bolehlah terus ke keterangan tuntutan dan nyatakan jenis transaksi anda serta apakah tuntutan anda ke atas pihak penentang.

7. Setelah selesai, anda bolehlah buat bayaran pendaftaran dengan RM5 sahaja. Tribunal akan mengarahkan anda untuk menyerahkan saman ini kepada penentang. Anda boleh serah secara personal (by hand) atau menggunakan pos berdaftar.

8. Kemudian hadir ke Tribunal pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mengemukakan kes anda di hadapan Pengerusi Tribunal. 


Nota: Untuk mengisi borang permohonan boleh ikuti panduan melalui PDF.


B. Report Tribunal Tuntutan Pengguna di Kaunter TTPM


Hadir di kaunter TTPM di pejabat-pejabat negeri seluruh Malaysia termasuklah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Untuk dapatkan makluman lanjut sila hubungi di talian ;


No. 13, Aras 5 (Podium 2),

Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62623 Putrajaya,

Malaysia.


Telefon : 03-8882 5822

Faks : 03-8882 5831 


Sumber : kpdnhep 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.