Header Ads

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru 2023 KPM Online

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru 2023 KPM Online. Adakah anda warga pendidikan? Bagaimana nak tahu keputusan kenaikan pangkat guru dengan mudah? Berita baik buat mereka yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dimana kini anda boleh membuat semakan kenaikan pangkat guru melalui aplikasi online di portal KPM. Dengan adanya aplikasi naikpangkat ini memudahkan guru-guru menyemak kenaikan pangkat secara atas talian.


Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru KPM Online


Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru 2023 KPM Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat penting untuk semakan kenaikan pangkat guru termasuk aplikasi online :

Cara Semak Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online 


● Aplikasi Semakan Online : https://naikpangkat.moe.gov.my
● Sila masukkan No Kad Pengenalan dan klik Semak.

Nota Penting :
1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
4. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
5. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA.
 
Selamat membuat semakan keputusan urusan kenaikan pangkat guru secara online. Tahniah kepada guru yang berjaya dinaikkan pangkat dan terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.