Header Ads

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA 2023

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA 2023. Nak tahu cara aduan peperiksaan online SPA? Sudah tentu rata-rata calon peperiksaan rasa kurang berpuas hati atau kurang senang dengan exam online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Terdapat beberapa masalah yang mungkin akan terjadi dalam peperiksaan online SPA antaranya iaitu server slow, tidak dapat akses masuk menduduki peperiksaan dan tidak keluar soalan. Berikut adalah cara membuat aduan peperiksaan SPA sebagai panduan buat calon.

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA 2021

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang aduan peperiksaan SPA termasuk memaparkan aplikasi aduan :

1. Anda hendaklah layari ke laman web aduan SPA ➡ http://aduan.spa.gov.my/aduanv2/Baru.php.

2. Isikan maklumat "MAKLUMAT PENGADU".

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA

3. Isikan maklumat "KLASIFIKASI MASALAH".

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA

4. Isikan maklumat "MAKLUMAT PERTANYAAN"

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA

Contoh ayat maklumat pertanyaan :

● Tajuk : Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41- Kami Mahu Peperiksaan Ulangan

● Keterangan :
Assalamualaikum dan selamat sejahtera SPA, 
Saya seperti nama pengadu, ingin melaporkan bahawa server tidak dapat beroperasi dengan sempurna menyebabkan saya tidak dapat menduduki Peperiksaan yang diadakan. Paparan soalan tidak keluar.
Jadi dengan ini saya mahu peperiksaan ulangan diadakan supaya saya dapat menjawab soalan dengan baik dan tidak mempunyai masalah lagi.
Terima kasih.

5. Akhir sekali, klik pada butang 'Hantar Aduan'.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pada nombor tertera ;

● 03- 8880 6468
● 03- 8880 6405

Terima kasih membaca Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA. Mohon share!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.