Header Ads

Panduan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan SPA

Adakah anda calon yang dipanggil untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan SPA? Sebenarnya bukan semua jawatan memerlukan pemeriksaan ini. Ianya hanya melibatkan jawatan-jawatan yang memerlukan aktiviti fizikal yang banyak seperti penguasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, sudah tentunya anda ingin mengetahui kriteria atau syarat-syarat yang terkandung dalam pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan. Okay disini tim SPA8i akan kongsikan panduan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Panduan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan SPA

Panduan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan SPA


Berikut adalah panduan dan syarat kriteria pemeriksaan fizikal, pancaindera dam kecergasan SPA bagi jawatan-jawatan penguasa seperti di bawah :

Tips Hadir Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan


1. Pada hari ujian calon hendaklah berpakaian sukan dan membawa perkara berikut :-
√ Surat panggilan pemeriksaan atau salinan emel / salinan portal pemeriksaan fizikal dan pancaindera.
√ Kad pengenalan.
2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji.
3. Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan.

Syarat-Syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera 


1. Perkara-perkara yang diuji :-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan
i. Ketinggian
● Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki 1.57m @ 157cm / Wanita 1.53m @ 153cm
ii. Berat badan
● Berat Badan Minima (Lelaki 48kg / Wanita 46kg)
iii. Body Mass Index (BMI)
iv. Calon Lantikan Terus
v. Ukuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja)
● Dada Keadaan Biasa - 79
● Dada Tarik Nafas - 84

b) Pemeriksaan Penglihatan
i. Jarak penglihatan "Visual Acuity" 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap "Contact Lenses".
ii. Pengecaman warna dan nombor.

c) Pemeriksaan Pendengaran

d) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
i. Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik.
ii. Berkawad


Syarat Pemeriksaan Fizikal 


1. Larian 2.4 km
● Lelaki - 14 minit
● Wanita - 17 minit

2. Bangun Tubi Dalam Masa 2 Minit
● Lelaki - 30 kali
● Wanita - 28 kali

3. Lari Ulang Alik (4 x 10meter)
● Lelaki - 11 saat
● Wanita - 13 saat

4. Lompat Jauh Berdiri
● Lelaki - 215 sentimeter
● Wanita - 162 sentimeter

* Calon PSL Dikecualikan Ujian Kecergasan

Inilah antara syarat-syarat kelayakan sebelum anda menghadiri pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan SPA. Kesemuanya anda perlu melepasi kelayakan jika anda rasa tidak layak, seharusnya pertimbangkan keputusan anda. Bagi calon yang melepasi kesemua syarat-syarat ini, melayakkan diri anda untuk menghadiri sesi temuduga nanti.

Baca juga :
● Senarai Penjadualan Peperiksaan, Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan SPA

Semoga calon SPA berjaya melepasi pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan ini. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.