Header Ads

Kelebihan Kerjaya Sebagai Jururawat Kerajaan

Kelebihan Kerjaya Sebagai Jururawat Kerajaan | Kenapa ramai yang memilih kerjaya jururawat? Profesion jururawat adalah salah satu bidang yang sangat berharga dimana mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah. Tambahan pula, jururawat disifatkan profesion yang sangat mulia kerana ia memerlukan bantuan mereka yang memerlukan. Lihat ini juga → Kelebihan Bekerja di Sektor Kerajaan

Kelebihan Kerjaya Sebagai Jururawat Kerajaan

Walaubagaimanapun, kerjaya ini kurang diminati dalam kalangan anak muda generasi kini yang lebih memilih bidang kejuruteraan dan perakauanan sebagai keutamaan mereka menjawat pekerjaan nanti. Mungkin mereka mengganggap kerjaya ini membosankan kerana hanya menjaga pesakit dan juga terpaksa mengikut shift.

Tetapi sebenarnya ramai lagi belum tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Apa lebih menarik, kerjaya jururawat juga berpeluang melanjutkan pelajaran dari peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah.

Apa yang menarik sangat kerjaya jururawat ni?


Banyak kelebihan bekerja sebagai seorang jururawat, lebih-lebih jika anda berkhidmat di dalam sektor kerajaan. Antara kelebihan yang anda bakal perolehi sebagai seorang jururawat kerajaan adalah :

1. Kenaikan gaji setiap tahun

Anda berkhidmat untuk kerajaan sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang diperolehi.

2. Elaun Sara Hidup (COLA)

Anda bekerja di bandar raya dengan kos sara hidup yang tinggi. Tidak termasuk lagi makanan, tol, tambang bas dan lain-lain lagi. Oleh itu COLA dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja.

3. Imbuhan Tetap Perumahan

Anda juga diberikan sewa rumah bagi yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia manakala bagi yang berkhidmat di Sabah & Sarawak, anda akan diberikan elaun perumahan wilayah yang lebih tinggi daripada elaun sewa rumah.

4. Kelayakan Cuti Tahunan

Cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan profesional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum termasuk lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

CALON PERLU LULUS TEMUDUGA JURURAWAT 


Ingin menjadi seorang jururawat bukan semudah disangka kerana sebelum memasuki bidang ini, anda bakal lalui beberapa fasa seperti proses pemilihan jururawat dan juga temuduga. Ini bergantung kepada minat dan kebolehan anda untuk menjawat jawatan sebagai jururawat.

BAGAIMANA NAK LULUS TEMUDUGA JURURAWAT 


Sebelum anda berkhidmat sebagai seorang jururawat tak kiralah sama ada di sektor kerajaan atau swasta, anda perlu menduduki sesi temuduga dahulu. Kunci utama adalah anda perlu LULUS dalam temuduga jururawat.

Usah berfikir lagi, sebenarnya terdapat satu panduan lengkap untuk memudahkan anda layak dalam sesi temuduga jururawat. Dibongkarkan panduan itu adalah PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA JURURAWAT! Pelbagai info yang dikongsikan dalam rujukan temuduga ini terutamanya cara berdialog dengan panel penemuduga, contoh soalan temuduga dan juga tips bertutur dengan penemuduga.

Bagi anda yang berminat dengan rujukan temuduga jururawat ini?


Baca juga :
Senarai Gaji, Elaun & Kemudahan Kerjaya Jururawat 

Selamat maju jaya! Semoga anda berjaya dan dapat berkhidmat sebagai seorang jururawat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.