Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 | Anda berminat bekerja sebagai penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan segara membuat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong PTD M41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah/ Master menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Berikut adalah informasi tentang Pegawau Tadbir Diplomatik M41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugas PTD ;

Gaji PTD Gred M41


Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 sekitar RM2,422.00 sehingga RM9,631.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan PTD Gred M41 pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00).
● Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14).
● Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48).
● Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
● Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Berikut adalah tugas-tugas PTD M41 seperti di bawah :

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Join Channel Telegram PTD 2020 

Untuk dapatkan nota, contoh-contoh soalan dan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 join channel telegram ini :

 
BACA JUGA :
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
● Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
● Proses Lantikan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.