Header Ads

Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir Diplomatik 2021

Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir Diplomatik 2021. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 sesi 2021. Anda di antara calon yang bertuah dimana anda di laluan yang sebenar untuk menuju ke fasa temuduga! Tetapi sebelum itu, anda perlu melepasi Program Assessment Centre (PAC) untuk melayakkan diri ke sesi temuduga SPA. Apa itu Program Assessment Centre PTD? Menerusi portal SPA, anda bakal menduduki Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik pada 19 Ogos hingga 15 September 2019.

Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir Diplomatik 2021

Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir Diplomatik 2021


PAC merupakan suatu mekanisme bagi membantu pihak SPA membuat penilaian terhadap kecergasan dan kesihatan anda serta kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan untuk melayakkan anda ke sesi temuduga.

Peringkat tapisan ini anda akan diuji dari segi mental dan fizikal. Anda akan diuji ujian fizikal seperti ukuran berat badan (BMI), berlari, berlari dan aktiviti melibatkan menggunakan tenaga anda. Manakala dari segi mental anda bakal diuji menggunakan fikiran untuk menjawab soalan, menyelesaikan masalah dan melibatkan pelbagai ujian kecerdasan anda.

Untuk Assessment Centre (PAC) PTD M41 tahun 2019 anda bakal melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dibahagikan kepada 2 skop iaitu kecergasan dan kesihatan.

Dalam bahagian kesihatan anda akan diuji tekanan darah dan kadar denyutan nadi. Manakala bahagian kecergasan pula anda akan diuji seperti Ujian Genggaman Tangan, Ujian Bangun Tubi 1 Minit, Ujian Duduk dan Jangkau dan Ujian Larian Ulang Alik 20 Meter.

Apa Persediaan Untuk PAC?


Calon dikehendaki menyediakan keperluan seperti berikut:
1. Pakaian semasa pendaftaran:
a. Peserta lelaki dan wanita: berpakaian sukan
b. Kasut sukan (Sandel/ selipar tidak dibenarkan)
2. Pakaian pejabat (formal) untuk dipakai sepanjang aktiviti PAC;
3. Peralatan alat tulis seperti pen, pensel 2B dan pemadam (untuk keperluan sepanjang aktiviti); dan
4. Air mineral/ air minuman untuk keperluan semasa Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

Persiapan Temuduga SPA?


Tapisan terakhir yang perlu anda lalui oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai Kadet PTD adalah temuduga yang dijalankan oleh SPA. Sekiranya anda layak sesi temuduga, sudah tentunya anda perlu memiliki panduan lengkap temuduga SPA kerja kerajaan.

DAPATKAN RUJUKAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN 



Selamat maju jaya kepada calon-calon PTD.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.