Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 | Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Lihat ini juga → Semakan Panggilan Temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Penguasa Bomba bagi permohonan kerja lepasan Diploma dan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29


Berikut adalah informasi tentang Penolong Penguasa Bomba KB29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Penguasa Bomba Gred KB29


Gaji Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 sekitar RM1,814.00 sehingga RM5,700.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Penguasa Bomba KB29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00)
● Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09).
● Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iii. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
vii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Penguasa Bomba seperti di bawah :

1. Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
2. Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
3. Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
4. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

Baca juga :
Panduan dan Contoh Soalan Temuduga Bomba 

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.