Header Ads

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik & Lengkap 2023

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik & Lengkap 2023. Adakah anda pekerja kerajaan atau swasta? Panduan buat anda khususnya pekerja yang bercadang dan berhasrat untuk mengambil keputusan berhenti kerja. Bagaimana cara tulis surat berhenti kerja yang lengkap dan betul? Seperti mana anda tahu, surat perletakan jawatan adalah antara perkara yang penting bagi anda yang ingin menukar tempat kerja yang lain. Berikut adalah contoh surat rasmi berhenti kerja dalam bahasa Melayu yang merangkumi notis perletakan jawatan sama dalam 24 jam atau sebulan.

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik & Lengkap

Untuk membuat notis perletakan jawatan ini, anda perlulah maklum atau menghantar surat notis ini sebulan lebih awal kepada majikan anda untuk memudahkan urusan gaji. Secara tak langsung, ia menunjukkan sikap professional anda dalam sesebuah pekerjaan.

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik & Lengkap 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh surat berhenti kerja yang boleh dijadikan panduan :

CONTOH 1 SURAT BERHENTI KERJA

MUHAMMAD SAIFUL BIN AHMAD FUAD
NO 12, KG TEBUK,
SUNGAI RAMBAI
09700 KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.
_____________________________________________

WONG ENGINEERING CORPORATION BERHAD,
LOT 24, JALAN HI-TECH 4,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.                 15 JAN 2018

Tuan,


Per: Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Saiful Bin Ahmad Fuad,
ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai
2 Februari 2018.

2. Saya berbuat demikian adalah kerana ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
………………...........
(                                )

CONTOH 2 SURAT BERHENTI KERJA 

-nama-,
-alamat penuh-
_____________________________________________

-nama syarikat-,
-alamat syarikat-. Tarikh :
(u.p.:-nama individu / jawatan / bahagian-)

Tuan / Puan,

SURAT PERLETAKAN JAWATAN.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya -nama- dengan nombor kad pengenalan -no ic- adalah bertugas sebagai -nama jawatan- dengan -nombor pas / pas sementara / pekerja.

2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat pihak tuan / puan dengan rasminya pada -tarikh berhenti-. Sehubungan dengan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3. Untuk makluman tuan / puan, tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana -tujuan-. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan / puan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan / puan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


YANG BENAR,
-nama-.

BACA JUGA :
● Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam English
● Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu

3 ulasan:

  1. Surat berhenti bekerja ni amat berguna. Terdapat ramai pekerja yang selalu tukar kerja di rantau ini. Mesti kerap dipakai untuk rujukan surat ini.

    Eratuku.com

    BalasPadam
  2. Mohon sebagai rujukan ye tuan. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Infomasi ni memang baik untuk rujukan.
    TQVM

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.