Header Ads

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu | Adakah anda ingin membuat permohonan kerja kosong? Panduan buat anda yang ingin membuat surat permohonan kerja kosong. Sepertimana anda tahu, surat permohonan kerja perlu dilampirkan bersama resume untuk menunjukkan diri anda seorang yang profesional dalam memohon jawatan kosong. Surat permohonan boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris mengikut kesesuaian jawatan yang dipilih. Berikut adalah cara membuat surat permohonan kerja kosong dengan mudah dan terbaik.

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu 


CONTOH 1

Kassim Bin Baba
No. 1234 Lorong Sentosa,
Taman Sentosa,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

_____________________________________________

Pengurus Besar
RXR Auto Service,
No. 1234 Jalan Semarak,
Taman Semarak,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

5 Januari 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI TECHNICIAN

Merujuk perkara di atas, saya Kassim Bin Baba (No. KP 960578075501) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai technician di organisasi tuan.

2. Untuk makluman anda, saya sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Technician di sebuah auto service di Juru. Saya juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas dalam bidang automotif.

3. Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam pentadbiran dan servis.

4. Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan menghubungi saya di talian xxxxxx untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
....................................
(KASSIM BIN BABA)
No. KP: 960578075501

CONTOH 2

Pengarah,
Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuala Berang
25600, Kuala Berang, Terengganu
20 Mei 2008

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2008.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihaktuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
...............................
SALAMON BIN SALAMAT

Baca Juga :
● Contoh Cover Letter Bahasa English

Semoga perkongsian Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong ini dapat dijadikan panduan kepada pemohon kerja.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.