Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41. Anda ingin berkhidmat sebagai kakitangan awam di Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis. Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Hal Ehwal Islam boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam masih belum dibuka kekosongan jawatan di mana-mana jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Hal Ehwal Islam S41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41


Gaji Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 sekitar RM2,078.00 sehingga RM9,544.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (b) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) Had umur pelantikan:
○ berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
○ berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
○ berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Hal Ehwal Islam S41 seperti di bawah :

Mengetuai satu unit kecil/ pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/ latihan/ penyelidikan/ penguatkuasaan undang-undang/ pengurusan dan pengimarahan masjid/ pengurusan Baitulmal/ pengurusan halal.
 
SENARAI TUGAS :  

1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
2. Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
5. Membantu pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
7. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.