Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29.


Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 telah dibuka kekosongan jawatan di jabatan atau pelbagai kementerian. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29


Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,696.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau
4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau
5. Bekas anggota polis atau tentera sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
6. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
○ tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
○ berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
○ mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
○ mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa ○ menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
○ lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
○ pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
○ diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 seperti di bawah :

i. Kementerian Dalam Negeri
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

ii. Kementerian Pengangkutan
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

iii. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

iv. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

BACA JUGA : Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.