Header Ads

Panduan dan Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29

Panduan dan Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29| Adakah anda calon temuduga Penolong Juruaudit Gred W29? Pertama kali, tim SPA8i ucapkan tahniah kepada calon yang bakal menduduki temuduga SPA jawatan kerajaan. Anda di antara calon yang bertuah kerana telah dipilih untuk menghadapi satu slot terakhir sebelum menjawat sebagai kakitangan awam iaitu temuduga. Bagaimana persediaan anda untuk menduduki temuduga Penolong Juruaudit W29?

Panduan dan Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29

Untuk pengetahuan anda, sesi Temuduga bagi jawatan Penolong Juruaudit W29 akan diadakan bermula daripada 4 Mac 2018 sehingga 23 Mac 2018 bagi negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagi anda yang diterima di jawatan ini akan berkhidmat di Jabatan Audit Negara Malaysia di seluruh negeri. Jadi bila anda dipanggil untuk sesi temuduga Penolong Juruaudit W29, sudah tentu anda sedang mencari tips, contoh soalan dan bahan rujukan berkaitan temuduga Penolong Juruaudit Gred W29.


Panduan dan Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan dan panduan temuduga Penolong Juruaudit Gred W29 sebagai rujukan buat calon-calon SPA :

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29


Antara contoh-contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit yang kebiasaanya akan ditanya oleh panel penemuduga :

1. Perkenalkan diri anda dan latar belakang secara ringkas?
2. Apakah tugas sebagai Penolong Juruaudit Gred W29 di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia?
3. Kenapa nak kerja sebagai Penolong Juruaudit?
4. Apakah yang anda tahu tentang audit report
5. Berapakah jenis audit report yang ada?
6. Berikan contoh jabatan yang memerlukan laporan audit?
7. Mengapa kami perlu memilih anda sebagai Pegawai Tadbir?

Inilah antara contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit W29 yang boleh dijadikan panduan buat mereka untuk menduduki temuduga sebenar nanti. Ini hanyalah contoh soalan sahaja bukannya ramalan atau bocor soalan.

Kenapa Ramai Calon Gagal Ketika Temuduga Kerajaan?

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor atau punca penyumbang kenapa calon temuduga kerajaan gagal dalam temuduga. Faktor utama adalah calon gagal menjawab soalan yang dikemukakan dan tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan panel penemuduga.

Oleh itu, ramai calon gagal menjawab soalan temuduga dengan baik dan tepat. Tambahan pula ada calon yang tidak dapat bezakan soalan yang benar. Lagi satu faktor kegagalan calon adalah tidak dapat mempersembahkan resume yang terbaik kepada panel penemuduga. Hal ini kerana ada sesetengah calon temuduga tidak mengambil berat tentang format resume kerajaan sebenar. Sekaligus, menjadi halangan para calon untuk menjawat jawatan ini.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan SPA


Perhatian kepada calon temuduga Penolong Juruaudit sesi Mac 2018, sekiranya anda ingin mendapatkan panduan atau ingin tahu cara temuduga kerajaan sebenar, jalan terbaik adalah dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan menerusi link di bawah ;


Selamat maju jaya kepada semua calon SPA. Semoga calon-calon temuduga Penolong Juruaudit dapat membuat terbaik dalam sesi temuduga sebenar.

1 ulasan:

  1. Bila keputusan bgi jawatan pnolong juruaudit utk semenanjung??sape tahu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.