Header Ads

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Memohon Kerja 2023 [TERKINI]

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Memohon Kerja 2023 [TERKINI]. Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kerja kosong kerajaan atau swasta. Bila anda ingin mohon kerja pastinya anda perlu contoh cover letter dan juga ada yang tidak tahu apa itu cover letter? Secara lazimnya, kita selalu dengar resume tetapi jarang sekali dengar cover letter. Berikut dikongsikan adalah contoh cover letter yang lengkap dalam bahasa Melayu tahun 2023.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Memohon Kerja

Cover Letter (CV) kebiasaannya diguna bersama resume dimana ada sesetengah organisasi atau agensi pekerjaan yang mahukan ianya dihantar sekali. Jika bakal majikan tidak menyuruh sertakan CV, disyorkan lebih baik anda berikan sekali dengan resume. Ia menampakkan anda lebih profesional dan bersungguh-sungguh untuk dapatkan pekerjaan tersebut.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Memohon Kerja 2023 [TERKINI] 


Berikut dikongsikan adalah contoh Cover Letter dalam bahasa Melayu sebagai panduan buat anda terutamanya para graduan :

Tips atau Format Menulis Cover Letter


Cover Letter boleh dikatakan sebagai surat rasmi yang menyatakan hasrat dan tujuan untuk memohon kerja di sesebuah organisasi. Oleh itu, pastikan kandungan cover letter yang dihantar mestilah menepati hasrat dan dapat memikat hati majikan. Contoh isi kandungan penting yang perlu ada dalam Cover Letter adalah seperti berikut :

A. Kepala Surat / Letter Head

Kepala surat adalah sangat penting untuk menampakkan surat cover letter anda itu rasmi. Ia mestilah mempunyai maklumat penting anda seperti iaitu nama, alamat, email dan nombor telefon. Tujuan utama adanya kepala surat untuk memudahkan pengurusan mencari nama anda atau menghubungi jika ada sebarang makluman tentang permohonan.

B. Tajuk Pengenalan

Perkara yang penting selain adanya kepala surat dan tarikh adalah tajuk pengenalan. Oleh kerana orang akan membaca surat terlebih dahulu membaca dari siapa dan tajuknya. Pastikan ia ditulis dengan jelas, ringkas dan padat serta perlu BOLD tajuk tersebut untuk menampakkan jelas.

C. Isi Kandungan 1

Untuk perenggan isi kandungan pertama anda perlu membuat sedikit penceritaan tentang latar belakang anda. Tuliskan perkara yang penting misalnya pendidikan dan pencapaian akademik. Jika anda ada pengalaman bekerja sebelum ini lebih baik sertakan sekali. Pastikan kerja yang disertakan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

D. Isi Kandungan 2

Isi kandungan ini anda perlu ceritakan tentang kaitan syarikat dengan permohonan anda. Misalnya anda boleh menceritakan mengenai kenapa anda berminat bekerja di organisasi tersebut, potensi anda kenapa perlu diambil bekerja dan segala berkaitan syarikat.

E. Penutup

Untuk perenggan terakhir, anda perlu letakkan harapan anda untuk layak dipanggil temuduga atau diterima permohonan tersebut.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu


Berikut adalah contoh-contoh cover letter yang lengkap dalam bahasa Melayu :

Zulfikar bin Sulaiman
No 58, Jalan Awana 21,
Taman Arowana,
18500 Machang,
Kelantan
zulfikar@gmail.com
012 3456666                            15 Oktober 2017


Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Majlis Daerah Machang

Tuan,

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 2 September 2017. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.

Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.

Saya telah mengikuti perkembangan institusi tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
( Tandatangan anda )

Kredit : Xpresi

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.