Header Ads

Tarikh Rasmi Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum

Tarikh Rasmi Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum | Sudahkah anda telah membuat semakan daftar pemilih Pilihan Raya Umum ke-14? Bilakah tarikh Pilihanraya PRU14? Menerusi kenyataan dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen ke-13 pada 7 April 2018. Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 akan berlangsung pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Manakala tarikh penamaan calon adalah pada 28 April 2018.

Tarikh Rasmi Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum

Untuk pengetahuan, termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu menjalankan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Dewan Rakyat. Dalam PRU 14 kali ini sejumlah 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan dengan jumlah pengundi seramai 14.9 juta yang layak mengundi.

Tarikh Rasmi Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 


Berikut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum (PRU 14) termasuk meliputi tarikh pembubaran, tarikh penamaan calon, tarikh pengundian awal bagi anggota tentera dan polis termasuk tarikh pengundian pilihan raya :

Tarikh Penting PRU 14


1. Tarikh Pembubaran Parlimen : 7 April 2018
2. Pelancaran Manifesto BN : 7 April 2018
3. Tarikh Penamaan Calon PRU 14 : 28 April 2018
4. Tarikh Mengundi Awal PRU 14 : 5 Mei 2018 (Sabtu)
5. Tarikh Hari Mengundi PRU 14 : 9 Mei 2018 (Rabu)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pilihanraya Umum ke-14, anda boleh rujuk menerusi pautan di bawah ;

Semakan Daftar Pemilih

Semoga perkongsian tentang tarikh rasmi PRU 14 dapat dijadikan panduan kepada pengundi. Selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pilihan di tangan anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.