Header Ads

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR (PRU14) Online

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR (PRU14) Online | Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Bilakah tarikh mengundi Pilihan Raya ke-14 (PRU14)? Perhatian kepada calon mengundi yang ingin membuat semakan daftar pemilih PRU 14 tahun 2018 secara online. Untuk makluman menerusi pengumuman daripada Suruhanya Pilihan Raya (SPR), Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada hari Rabu 9 Mei 2018. Sebagai pengundi anda bertanggungjawab untuk menghadiri tempat mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR. Berikut dikongsikan semakan pendaftaran pemilih pilihan raya 2018 secara online.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR (PRU14) Online

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR (PRU14) Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan daftar pemilih pilihanraya 2018 yang mengandungi lokasi tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN :

○ Tarikh Rasmi Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum

A. Semakan Daftar Pemilih SPR Online


1. Layari laman web rasmi SPR di pautan https://pengundi.spr.gov.my.
2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan Aksara Captcha yang telah diberikan.
3. Klik 'Semak' untuk ketahui status daftar pemilih pilihanraya calon.

B. Semakan Daftar Pemilih Bagi Isi Rumah Online


Selain semakan mengundi bagi individu, SPR turut menyediakan satu sistem online untuk menyemak daftar pemilih bagi isi rumah. Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama.

○ Aplikasi Semakan : https://pengundi.spr.gov.my//isirumah


C. Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Melalui SMS


○ Taip : SPR <jarak> SEMAK <jarak> No. IC dan hantarkan SMS ke 15888.

○ Contoh : SPR SEMAK 675212076542 dan hantarkan SMS ke 15888.

D. Panggilan Call Center

Semakan daftar pemilih boleh disemak dengan menghubungi di talian 03- 88927000.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR (PRU14) Online

Cara Daftar Mengundi Pilihan Raya SPR


Berikut adalah syarat kelayakan dan cara pendaftaran mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 seperti di bawah ;

SYARAT LAYAK MENDAFTAR 

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih Pilihan Raya Umum adalah seperti berikut:

1. Seorang warganegara Malaysia;
2. Telah mencapai umur 21 tahun;
3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan;
4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

PUSAT PENDAFTARAN 

A. Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

B. Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri

C. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara

D. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai

E. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission

F. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan.

CARA MENDAFTAR PILIHANRAYA UMUM


UNTUK PEMILIH BIASA 

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran.
2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan.
4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati.
5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
4. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

BACA JUGA :
○ Semakan Senarai Calon PRU 14 2018 BN PAS PKR DAP AMANAH WARISAN
○ Keputusan PRU14 Pilihanraya Umum Kerusi Parlimen & DUN

Selamat membuat semakan daftar pemilih pilihanraya secara online dan menerusi SMS. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Sumber : SPR

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.