Header Ads

Tarikh Rasmi Hari Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum

Tarikh Rasmi Hari Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum. Sudahkah anda telah membuat semakan daftar pemilih Pilihan Raya Umum ke-15? Bilakah tarikh Pilihanraya PRU15? Menerusi kenyataan dari Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung pada hari Sabtu, 19 November 2022. Manakala tarikh penamaan calon adalah pada 5 November 2022.

Tarikh Rasmi Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum


Untuk pengetahuan, termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu menjalankan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Dewan Rakyat. Dalam PRU15 kali ini sejumlah 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan dengan jumlah pengundi seramai 14.9 juta yang layak mengundi.

Tarikh Rasmi Hari Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum  


Berikut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum termasuk meliputi tarikh pembubaran, tarikh penamaan calon, tarikh pengundian awal bagi anggota tentera dan polis termasuk tarikh pengundian pilihan raya :

○ Semakan Senarai Calon PRU15
○ Keputusan PRU15 Pilihanraya Umum Kerusi Parlimen & DUN

Tarikh Penting Pilihan Raya Umum ke-15


1. Tarikh Pembubaran Parlimen : 
2. Pelancaran Manifesto BN : 
3. Tarikh Penamaan Calon : 5 November 2022
4. Tarikh Mengundi Awal PRU 14 : 15 November 2022
5. Tarikh Hari Mengundi : 19 November 2022

Cara Semakan Daftar Pemilih Mengundi Pilihan Raya PRU15


1. Semakan daftar pemilih boleh dibuat secara online menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan aksara Captcha dan klik butang semak.


Artikel Berkaitan : Semakan Daftar Pemilih PRU15

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7200 atau melalui sistem aduan di https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

Selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pilihan di tangan anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.