Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q41? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Penyelidik boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q41!

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Penyelidik Q41 telah dibuka kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Penyelidik Q41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Penyelidik Gred Q41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q41


Gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41 sekitar RM2,315.00 sehingga RM9,618.00 Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.00

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
4. Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
5. Ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
6. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau
7. jazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
8. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Penyelidik Tadbir Q41 seperti di bawah :

1. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
2. Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
3. Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

BACA JUGA : Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat pelbagai jabatan atau kementerian.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.