Header Ads

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11 | Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Awam Gred H11. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan bermula 25 Jun sehingga 10 Julai 2018. Berikut adalah contoh soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11

Untuk pengetahuan, Ujian Psikometri adalah merupakan soalan lebih menguji kepada personaliti dan nilai positif calon peperiksaan SPA. Ia berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Maknanya Ujian Psikometrik ini untuk menguji tentang diri anda sendiri dan anda perlu menjawab jawapan dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11


Berikut adalah maklumat tentang Ujian Psikometrik SPA bagi Pembantu Awam H11 termasuk contoh soalan dan aplikasi semakan :

MAKLUMAN TERKINI : UJIAN PSIKOMETRIK
====================================

UJIAN PSIKOMETRIK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEMBANTU AWAM GRED H11
(Tarikh Peperiksaan : 25 Jun 2018 - 10 Julai 2018)

Pautan Alternatif:
----------------------
http://online.spa.gov.my/psikometrik

ATAU
====

Sila layari laman web :
-----------------------
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan


Contoh Soalan Ujian Psikometrik Kerjaya 


1. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.

A. Ya      B. Tidak

2. Saya meminati pekerjaan sebagai penasihat kewangan.

A. Ya      B. Tidak

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..

A. Ya      B. Tidak

4. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Ya      B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Ya      B. Tidak

6. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat

A. Setuju      B. Tidak Setuju

7. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur

A. Setuju    B. Tidak Setuju

Nota : Soalan Ujian Psikometrik di atas adalah contoh sahaja bukannya soalan sebenar atau soalan bocor.

RUJUKAN & NOTA UJIAN PSIKOMETRIK SPA 


Berita baik buat anda dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan untuk membantu calon-calon ujian Psikometrik dengan beberapa contoh soalan ujian tersebut. Bagaimana nak dapatkan rujukan itu klik pautan di bawah ;


Semoga perkongsian ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik dapat dijadikan panduan buat calon SPA. Selamat maju jaya kepada calon.

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.