Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Awam Gred H11

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Awam Gred H11. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pembantu Awam 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Awam H11.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Awam Gred H11

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Awam Gred H11 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu 
Awam H11 bagi permohonan kerja lepasan SPM/ Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Awam Gred H11


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pembantu Awam Gred H11 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Awam Gred H11


Gaji Pembantu Awam Gred H11 sekitar RM1,218.00 sehingga RM2,939.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Awam Gred H11 pula berjumlah RM80.

Syarat Kelayakan Pembantu Awam Gred H11


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/ motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Awam Gred H11 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Awam H11 seperti di bawah :

1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan

INFO BERKAITAN : Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Awam Gred H11 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.