Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Latihan Gred E41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Latihan Gred E41. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Latihan 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Latihan Gred E41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Latihan Gred E41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Latihan Gred E41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Latihan Gred E41 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Latihan Gred E41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Latihan Gred E41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Latihan Gred E41


Gaji Pegawai Latihan Gred E41 sekitar RM2,083.00 sehingga RM9,549.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Latihan Gred E41 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Pegawai Latihan Gred E41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau
● Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
● Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
● Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas
● Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau
● Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Pegawai Latihan E41
boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Gred E41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Latihan Gred E41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab merancang, mengelola dan mengawasi perjalanan Unit Latihan Kemahiran bagi semua jurusan. Mengajar dan memberi kuliah kepada pelatih-pelatih mengikut jurusan. Mengawal kesempurnaan perjalanan kursus-kursus kemahiran objektif yang ditetapkan bagi semua jurusan. Mengurus penempatan latihan loji (sambil kerja) dan menentukan kesempurnaan latihan. Menyelaras peperiksaan pelatih, membuat kajian, penilaian susulan kepada bekas pelatih. Berhubung dengan pihak luar mengenai latihan tambahan kepada pelatih. Menyelaras kurikulum kemahiran dengan pihak luar, seperti swasta bagi kegunaan institut. Bertindak sebagai kaunselor kepada pelatih.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Latihan Gred E41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.