Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penghantar Notis Gred N11

Gaji, Kelayakan & Tugas Penghantar Notis Gred N11. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penghantar Notis 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penghantar Notis Gred N11.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penghantar Notis Gred N11

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penghantar Notis Gred N11 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penghantar Notis Gred N11 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penghantar Notis Gred N11


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penghantar Notis Gred N11 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penghantar Notis Gred N11


Gaji Penghantar Notis Gred N11 sekitar RM1,216.00 sehingga RM2,983.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penghantar Notis Gred N11 pula berjumlah RM80.

Syarat Kelayakan Penghantar Notis Gred N11


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00)
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penghantar Notis Gred N11 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penghantar Notis Gred N11


Berikut adalah tugas-tugas Penghantar Notis Gred N11 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penghantar Notis Gred N11 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.