Header Ads

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online | Anda berminat menjadi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM)? Bilakah tarikh pengambilan tentera darat 2018? Berita baik buat anda yang ingin menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai perajurit muda. Untuk makluman, kini pengambilan tentera darat 2018 telah dibuka bermula 4 Disember 2017 hingga 4 Januari 2018, dimana anda boleh membuat Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 secara online di portal rasmi JOM MASUK TENTERA.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online

Bagi anda yang berkelayakan dan berminat dipelawa untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki, Wanita TD
dan Pemilihan termasuk calon Lelaki dan Wanita Kor Agama Angkatan Tentera Siri 186/44 Tahun 2018. Calon yang berjaya dalam Pemilihan Awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir nanti.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online


Berikut adalah maklumat tentang Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 termasuk syarat kemasukan TD, cara permohonan dan aplikasi online :


Syarat Kelayakan Akademik


A. Lelaki

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.

* Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104 dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS.

* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

* Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

* Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

B. WANITA

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.

* Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, subjek MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.

* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).

* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

* Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN/ TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

*  Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM.

Syarat Kelayakan Lain

1. Warganegara. Permohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Umur. Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah.
3. Taraf Perkahwinan.
 - Lelaki: Bujang/Kahwin/Duda.
 - Wanita: Bujang.
4. Kes PDRM/AADK. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/ dadah/ juvana.
5. Taraf Kesihatan. Pemohon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa Pemilihan Akhir.
6. Sesi Pemilihan Awal.
 - Pemeriksaan Dokumen asal dan salinan.
 - Pemeriksaan Tinggi dan Berat (BMI).
7. Sesi Pemilihan Akhir. Ditawarkan bagi calon yang lulus sesi Pemilihan Awal.
8. Kriteria Tambahan. Keutamaan kepada yang berkebolehan seperti:
 - Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
 - Berkebolehan bermain alat muzik dan pancaragam yang diiktiraf.
9. Syarat Tambahan. Calon yang memohon mestilah mempunyai kebolehan berenang.
10. Syarat Minima Ukuran Fizikal:
○ Ukuran Lelaki/ Wanita : Tinggi 1.62m
○ Berat : 47.5kg
○ BMI (Berat Tinggi Tinggi) : 18-26.0
○ Ukuran Dada Biasa : 76sm
○ Ukuran Dada Kembang : 81sm

Gaji Semasa Tentera Darat Malaysia


Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online

Cara Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018


Permohonan Perajurit Muda TD sesi 2018 boleh dibuat secara online ke laman web Jom Masuk Tentera di pautan berikut ;

○ Aplikasi Online : http://apps.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan beserta seperti :

1. Kad Pengenalan (Asal dan 1 salinan).
2. Sijil Kelahiran (Asal dan 1 salinan).
3. Sijil SPM/STPM/STAM/SKM (Asal dan
1 salinan).
4. Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang
menduduki SPM 2017 sahaja (Asal dan 1 salinan).
5. Sijil SVM bersama transkrip (Asal dan 1 salinan).
6. Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia (Asal dan 1 salinan).
7. Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia -
sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia (Asal dan 1 salinan).
8. Sijil Berhenti Sekolah (Asal dan 1 salinan).
9. Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan) (Asal dan 1 salinan).
10. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa (1 salinan).
11. Salinan Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua (1 salinan).
12. Salinan Surat Nikah/Sijil Pendaftaran
Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin) (1 salinan).
13. Sekeping gambar terkini berukuran passport.
14. Sampul Surat Pos Ekspres (berharga RM 3.00).
15. Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen seperti diatas melalui Pos ke alamat:

SEL PENGAMBILAN
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA, MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 secara online. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tentera darat 2018.

Sumber : TD

1 ulasan:

  1. Mcm mne untuk mohon pada tahun hadap 2019.boleh ke saya mohon?kalau semua mata perlajar saya hanya lulus sahaja.bolh ke saya masuk tentere?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.