Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Gaji, Kelayakan & Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Laskar Kelas II Maritim Gred T1.

Gaji, Kelayakan & Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred T1


Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred T1 sekitar RM1,441.00 sehingga RM4,152.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 pula berjumlah RM105.

Syarat Kelayakan Laskar Kelas II Maritim Gred T1


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00); atau
● Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).

Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1


Berikut adalah tugas-tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

INFO BERKAITAN :
● Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.