Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 | Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Dalam Negeri Malaysia atau Jabatan Pertahanan Awam. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19


Gaji Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 sekitar RM1,360.00 sehingga RM4,052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
● Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

Jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.